Monday, March 31, 2008

PENGERTIAN & (DIFINISI)IBADAH

PENGERTIAN & (DIFINISI) IBADAH

(1). Ibadah: Menurut bahasa ibadah berasal dari kalimah “Hamba Allah” yang bermakskud taat, patuh (setia), merendah diri (tawadu’), mengharap (ar-rija’) dan khusyu’ kepada Allah Subnahahu wa-Ta’ala.

(2). Ibadah: Menurut bahawa juga bermakna “Hina/Kehinaan”. Pengertian “Hina” dalam bahasa jika dikaitkan dengan ibadah dapat dicontohkan misalnya semasa bersolat atau sujud syukur, manusia sanggup menghinakan dirinya kerana semata-semata mengibadahi Allah, sentiasa mangagungkanNya, sangat mencintaiNya, membesarkanNya dan memuliakanNya, iaitu dengan meletakkan kepala (dahinya) di atas tanah (lantai) yang dipijak oleh berbagai-bagai makhluk demi menghinakan dirinya kerana mengibadahi Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

(3). Ibadah: Dimaknakan atau diertikan juga “Tunduk”. Dimisalkan sebagaimana yang kebiasannya disebut oleh orang Arab (بَعِيْرٌ مُعَبَّدٌ) bererti “Keldai yang tunduk yang bersedia untuk ditunggang”. Ungkapan tunduk dalam ibadah secara jasamaninya seperti rukuk dan sujud kepada Allah Azza wa-Jalla. Secara rohaninya pula seperti tunduk yang bertujuan untuk patuh berserta niat yang ikhlas dan ketakwaan dsemata-mata kerana beribadah kepada Allah Azza wa-Jalla.

(4). Ibadah: Disegi bahasa juga bermaksud: “Setiap amal yang diredhai (disukai/dicintai) oleh Allah Seubhanahu wa-Ta’ala”.

(5). Ibadah: Bermaksud juga memperhambakan diri kepada Allah dengan taat melaksanakan segala perintah dan arahanNya, serta menjauhi segala laranganNya kerana Allah semata: baik dalam bentuk kepercayaan, perkataan, maupun perbuatan> Orang beribadah berusaha melengkapi dirinya dengan perasaan cinta, tunduk dan patuh kepada Allah Subhanahu wa-Tala. Salah satu dari bahagian hukum-hukum fiqih ialah yang berhubung dengan ibadah manusia kepada Allah. Juga berhubung dengan masalah: hukum tahara/bersuci, solat, zakat, haji puasa dan sebahagiannya. Al-Quran banyak sekali menyebut tentang ibadah ini, antara lain surah 1:5, 2:80, 133, 172,, 3:51, 4:36, 5:60, 6:56, 102, 10:104, 11:109, 12:40, 15:99, 16:73, 19:36, 20:77, 21:98, 22:77, 26:71, 29:91, 29:56, 39:2, 43:20, 45:81, 51:56, 53:62, 109:3.
[1]




[1] . Lihat: Kamus Istilah Fiqh. M Abdul Mujieg Mabruri Thollhah Syafiah Am.